Showing posts with label Cotton Concept. Show all posts
Showing posts with label Cotton Concept. Show all posts

Thursday 2 January 2014

Da Masuk 2014...

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... 

tak sangka cepat tul masa berlalu... now da masuk tahun 2014... mesti banyak perkara yang berlaku pada tahun 2013 yg lepas dalam hidup korang... sama la gak ngan aku pun... ada yg best n ada yg tak best... dlm post kali ni aku nak share sikit la apa yg berlaku kat dlm hidup aku sepanjang 2013... (yg besar2 je... yg kecik2 x mampo nak ingat...)

best! (ada tiga je...)

1. aku mulakan ngan yg best... mestilah family aku dulu... syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan sebuah family yg bahagia... (gaduh2 sikit tu biasa la...) sentiasalah berdoa yg baik2 tuk family korang mcm aku selalu buat... semoga dilimpahi keberkatan dan kemuliaan dr Allah SWT... bawah ni adalah pic family aku masa aku kawen ritu... kelas dey oll...


ini keluarga saya...
berdiri dari kiri: ferus n kak long...
duduk tengah dari kiri: abah, me, huda, mak...
duduk bawah dari kiri: bedut, abg, jajat...

2. menunaikan umrah... pengalaman yg tak tergambar dengan kata2 masa menunaikan umrah dlm pertengahan tahun 2013... byk benda yg membuatkan aku terfikir... kenapa Allah SWT bg aku peluang tuk melawat rumah dia?... kalo nak kata bersedia cam org lain tu... aku x tau nak ckp mcm mana lah... cuma aku cuba jadi diri aku... aku baca gak buku2 agama n panduan umrah yg ada tuk memperbetulkan apa yg salah... semoga umrah aku diterima Allah SWT... sgt seronok berpeluang menatap Ka'abah depan mata... tq mak sponse kita pi umrah... 


pakailah apa saja ketika umrah asalkan menutup aurat... percayalah Allah lebih tahu isi hati mu...

3. perkara kedua paling best dalam hidup aku ialah memutuskan untuk menamatkan zaman bujang yg melaghokan... haha... rasa cam x bersedia... tp kita merancang... Allah SWT juga yg menentukan... kalo nak ikutkan... aku mmg x cukup dana nak kawen... masa tu ada dlm 12k jek... tp atas bantuan family n kawan2... aku berjaya gak mengharungi segala kepayahan tuk berkahwin... bila buat benda baik ni... percaya dan berserahlah pada Allah SWT sepenuhnya... insyallah Dia akan tolong dengan jalan2 yg tak pernah kita duga...


dia isteriku nurul huda... sanggup menerima segala kekuatan dan kelemahan aku... amin...

x best! (ada satu je...)

1. aku mengambil keputusan tuk keluar dr KL Wedding Ministry... hmm... susah nak cerita ni... kompeni ni wujud atas dasar kepercayaan dan persahabatan... mmg susah gila kot masa nak bertapak dlm industri perkahwinan ni... aku bukan ada modal sgt pun... cuma mempertaruhkan skill2 yg ada... bila da lama2... mcm ada something wrong somewhere yg aku x dpt nak jelaskan... mungkin aku lebih suka mengambil dasar bersangka baik... membuatkan aku buta atas apa yg berlaku... demi x memburukkan keadaan... aku menarik diri... aku pun sedar... x mungkin satu kapal layar boleh ada dua or tiga org kapten kan?... setelah berbincang dengan isteri n rakan niaga... keputusan muktamad telah dibuat... bye2 KL Wedding Ministry... rezeki ku bukan di sana...


skill yg aku ada tuk reka logo KLWM... ni logo asal... nostalgia sgt... ;-)...


setelah aku menafas barukan... cantikkan?

begitulah sikit2 yg berlaku sepanjang tahun 2013... so now... no turning back... aku pun nak fokus kat life aku skang... nak buat benda yg betul2 aku suka... dlm rancangan aku tahun 2014 ni... aku nak memperkukuhkan lagi jenama baru aku lepas keluar KLWM... iaitu Cotton Concept & Rustic... semoga dipermudahkan... next post aku nak cerita kenapa nama dia Cotton Concept n lagi satu Rustic... selamat membaca...